Sunday, July 24, 2011

Memanjakan Diri :)

Semenjak dari awal bulan July nie sy dah memaksa diri saya memakai Premium Beautiful. Gila kah saya??
Oh tidak.. saya pakai benda ni atas dasar ingin mencuba. Lagi pun makcik saya ada jual benda nie. Total harga adalah RM2300. Perghhh..... tp takpe, menurut citer premium beautiful ini bagus dari segi kesihatan. Saya pernah ada Fibroid sebelum nie. Doctor pernah kata, kemungkinan selepas 3 thn, benda tu akan ada semula. So, sy try la pakai PB nie, sebab PB nie boleh menghalang anasir2 Fibroid. Baru2 nie sy period dan..... sy langsung tak senggugut seperti sebelum2 nie. giler wehhh kalau senggugut dtg menyerang, rasa mcm nak baring tengah jalan biar lori gelek perut nie! Dan di sebaliknya, saya dah ada bentuk pinggang!!! yahuuuuu... gembira2.
Mula2 pakai PB nie, memang tak boleh nak pakai lebih dari 8 jam pun.. masuk jam ke-3 mula lah rasa nak tanggalkan semuanya. Siap bawak bra & suar kenit extra ke tempat keje.. tujuannya bila bukak PB nie, sy akan sarung bra & suar kenit biasa tu je..
Sekarang dah serasi, rasa tak mau tanggal terus. Mood nak makan pun dah kurang, always rasa kenyang tp haus memanjang. 
ok, saya nak tgk selepas 2 bulan, adakah saya makin mengecil atau membeso :p
Selain dari tu saya ngah merajinkan diri minum NH Colla-plus. minuman nie adalah collagen. Rasanya amatlah manis tp ok lah.. boleh ditelan. Hasilnya, selepas 2minggu saya minum, kulit muka saya jd lembab ala2 sejuk je.. muka pun nampak cerah. Hepi2 :)
Harga minuman nie 12 botol RM167.80 dan free 4 botol lg. Meh2 ler mencubanya....

No comments:

Post a Comment