Saturday, October 29, 2011

:: CuTi2 Di Langkawi lagi ::

Pada Penghujung bulan 9 saya dan adik saya pergi bercuti ke langkawi. Saya stay 4 hari 3 mlm disana tp adik sy 3 hari 2 mlm. dia balik dulu besok ptg baru sy balik ke tanah air :). Time pergi pun dia naik flight dulu jam 12pm, sy pulak 3pm. Sepanjang di langkawi, kitaorg menyewa kete viva. murah je dlm rm200 lebih 4 hari.
Penghinapan di White Logde motel. tempat tinggal ok, puas hati. cuma area umah tu akan banjir kalau hujan lebat. Ketika di sana, hujan kerap turun sebab ada yg bagitau itu hujan buatan untuk kurangkan jerebu. Memang sakit kepala la kalau kene hujan nie. Ada juga yg bagitau tahu jgn dekat2 ngan area pantai, mengikut citer mereka panatai cenang akan mkn org setahun 2 kali dlm area hujung2 tahun selalunya ada yg akan mati lemas. tak tahu lah betul atau tidak citer nie. Dengar boleh, percaya jgn.
Makanan kat sana sedap. Pada sesiapa yg nak cari mkn tak perlu lah kedai makan yg gah2 sebab tak sedap dan mahal!
Sepanjang dilangkawi sy tak kemana sgt sebab dah byk kali pergi tp tak pernah jemu. kalau boleh nak dtg lg sebab nak beli brg2 pinggan mangkuk kristal plk!

 Beg Ku


 teruja


 Budak nie naik kpl terbang dulu :(




 Bergambar sebelum kene tinggal sorang2




 Pandan muka dia naik kapal sorang2


 Saya sampai je di langkawi, terus cari mkn.. lapooooo...







 Tu buah kunci bilik, giler beso kan :p






 Kuar jalan2 melayan angin mlm pantai cenang





Kurang sedap sodap air kelapa beso nie

:: pic lagi akan bersambung selepas ini :P

Tuesday, October 4, 2011

:: Kabare ::

Eh, dah lama tak update. Saya nie memang susah nak update blog tiap2 hari, ikut mood.
Ada byk citer sebenarnya.. Baru2 nie pergi bercuti ke Langkawi, balik dari Langkawi
ke Penang plk balik dari penang terus demam.. Hah, ambik ko!
Pic2 di Langkawi & Penang akan di paparkan dlm masa beberapa hari nie.
Baru2 sebelum sy ke langkawi pada 26hb, sy rasa mcm tak sedap hati sgt2.
Mcm rasakan jumpa seseorg yg sy benci. Eeee,,, mintak dijauhkan lah dari bertembung org tu. Aku BENCI!

Wednesday, September 21, 2011

MoVe LIKe JaGGer

Skrg sy suka layan lagu nie... sedap giler rentak music nie. Rasa mcm nak joget2 dlm kete bila dgr lagu nie di radio.
Video klip lagu nie pun sempoi. Christina lawa giler, baru sy sedar. Kaler kulit & rambut dia tersangat lah cantik.
Suara dia serak2 sedap di dengar. Mamat penyanyi maroon 5 tu pun suara boleh tahan. Kira gabungan 2 penyanyi memang terbaik lah..
JOM JoGet Sambil Tepuk2 TgN, Yehaaaaaaa!!!!! lalalalalalallala...... lalalalalla....

Saturday, September 10, 2011

Beraya Lah Kita :)

Hari Raya pertama:

Pagi, lepak2 di umah dulu, dah petang baru gerak beraya ke umah nenek. Tu pun beraya 3 beradik je. Yang lain pergi kemudian. Sampai umah nenek, jumpa sepupu2, makcik2.. mkn2, salam2 pastu join makcik beraya ke umah sedara2. Yelah, tak kan dari umah nenek terus nak balik umah, penat tau bersiap2 tp beraya 1 umah je. Jd join lah makcik & sepupu2 ku. Beraya sakan. habiskan jgk beraya semua umah sedara sebab adik2 ada yg akan start keje besok & ada yg nak pulang ke johor pada raya ke 3.
Sampai ke malam lah beraya, tp puas hati sebab dah raya umah2 yg wajib dikunjungi. Pastu duduk umah je tunggu org dtg beraya.
Saya suka org dt beraya ke umah saya secara berkumpulan, memang penat tuan umah nak melayan tp puas hati.
Tahun nie sy memang tak plan nak beraya umah kwn2, kalau ada pun beberapa umah je.. thn lepas sy dah beraya sakan sampai berat badan naik gila, smpai sekarang masih kekal berat tu :(

 :: Bergambar sebelum keluar beraya ::


 :: Bergaya di zoo mini ::


 :: Saya pulak ::



 :: Beraya di umah kwn adik ku ::













 :: Area kuih2. ini mak saya yg susun atur. tukang isi kuih adalah adik ku. Tukang mengarah adalah diri ku ::


 :: Hasil tangan mak saya ::


 :: Di umah nenek ::




:: ini kuih apa ntah, tp sedap. Mula2 tak nak mkn, plan nak simpan sebab rasa cantik sgt2 tp last2 kunyah jgk::





       
:: Bersama sepupu sepipit ::

Selamat Hari Raya :)


Raya tahu nie tak ada tema khas kaler apa nak, tp memang tak penah ada tema2 nie. Ikut gerak hati je nak baju kaler apa. Baju raya ada kaler purple & merah. Hiasan dlm umah plk ala2 mini zoo. Kanak2 mesti gembira tgk patung2 tu tersusun kat ruang tamu.
Sempena Raya nie, saya ingin mengucapkan selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin.

Saturday, August 20, 2011

:: Saya Sgt Tak Suka Engineer itu ::

Geraaaammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm!!! Tak suke2, Benci2..
Saya angin giler ngan sorang mamat eng. nie.
Memang benci giler kat dia.
Dia nie giler sombong. Saya tak tau la mamat nie knp.
dari dulu sy tengok dia mcm memilih org utk dia bertegur sapa.
Dulu boleh la ko sombong sebab department ko & sy lain2. Sekarang kita dah sama2 section.
Tahu la ko eng. & sy nie tech. Tp bkn ke ko perlukan tech & sy perlukan eng. Baru lah bekerja 1 pasukan.
Nie tak, ko ambik mesin sy tp tak inform sy dulu. Sedap2 ko pindahkan mesin sy, convert ke package lain
tnpa inform sy. Dey! lelaki, ko tak tahu ke sistem meminta kebenaran??
Kalau org ambik brg ko tnpa bgtau, ko marah tak???
Sy nie penjaga mesin2 tu, kira tuan tanah jgk la.
Tolonglah hormat sy sikit. Sy bukan nak ngorat ko lah! tak hingin pun.
Sy pandang ko selama nie pun sebab meluat tgk gaya berlagak ko tu.
Dulu sy ingat lg waktu pindah2 mesin utk bergabung semua department, ko belagak giler.
Tapak utk letak mesin2 sy, ko susun sempit2 tp mesin2 dr tempat ko pandai plk susun bg lapang.
Ingat lg la ko maki hamun bdk2 aku waktu tu.
Ko ingat ko sorang je ada baran. Blah! pergi jahanam la.
Ingat lg la baru2 nie ko buat keje dibelakang sy, ngan tak sengaja sy nak berundur & ko pun berundur.. terjadilah perlanggaran body. alah! kene sikit pun tp sy sorang je ke yg boleh kata SORI. ko sebagai jantan ngan egonya hanya berdiam diri.
BBBBBuuuuuuuuuRRRRReeeeeettttttttttttt la ko!!

::Selamat BerpUasa::

Pejam celik pejam celik tak sangka dah masuk bulan puasa.
Nie pun dah pertengahan puasa.
Sepanjang bulan puasa nie alhamdullilah sebab sy selamat berpuasa sehingga waktu berbuka. Belum lg pitam2 atau curi2 minum. Gud girl!!
Disebabkan waktu kerja sy adalah 7-7, jd kebanyakkan hari bekerje sy berbuka di kilang sj.
Kalau keje pagi, berbuka dahulu di Surau ( minum air shj ), solat maghrib dan terus pulang ke umah. kat umah barulah mkn makanan berat.
Kalau keje 7ptg pula, pun berbuka di kilang. Belilah apa2 makanan then berbuka bersama kwn2.
Mcm2 lauk diaorg bwk, nasib baik tangki perut sy skrg seperti dah kecil sikit, tak leh mkn byk2.
Hari off, barulah sy berbuka di umah. Sy suka lauk sederhana shj, mcm lauk2 di bulan2 lain.
Tak suka lauk mewah2 sgt, susah nak mkn tp kalau dah ada... bedal sj lah.
Ok, dlm minggu ke-2 sy berbuka di Alamanda bersama2 adik ku & tunangnya.
Tunang dia belanja, bagus :)
Makanan ok, layanan ok cuma air teh tarik tu kurang manis.
Berbuka di luar nie menyusahkan. Baru kul 5.30pm hampir semua restoran penuh kene boking.
Nasib baik lah ada tempat nie masih boleh terima customer lg.
So, inilah tempatnya.....


::Chakri Express, Alamanda putrajaya. Makan secara Buffet::


 :: 1 org dewasa RM43.90++, total RM53 seorang dewasa. Takpe, bkn sy yg bayar ;p



:: Ini makanan ku. Nasi jagung & nasi puteh, ayam masak lemak cili, bendi, kopok. Lauk2 ala2 thai ::


  1. :: Pulut & mangga. ala2 thai jgk nie ::



 :: Popia goreng & bayam goreng tepung. Giler sedap ::



 :: Sate.Pun sedap cuma kuah kacang tu rasa manis skt ::



 :: Pemanis mulut. Bubur jagung. Manis ::


 :: Ikan bakar. Ikan Pari & ikan kembung. Yg nie termasuk pakej buffet. kalau ambik udang atau selain ikan akan di caj lain ::

 :: Kuih2, Buah2 & sy tak tahu apa dlm mangkuk tu. Ada air hancur pastu ada puding2, kurang sedap ::



 :: Adik ku & Si Tukang belanja. T.kch, sila belanja sy lg ::


 :: Diri ku yg demok ;P


:: Mari mkn2 ::