Friday, February 18, 2011

Keletihan :(

kabare!!!
Keletihan sy adalah kerana kerja shift. Sudah 11 thn sy bekerja shift, 2 shift & 3 shift. 
2 shift keje 12jam, 3 shift keje 8jam. semenjak usia makin meningkat nie, sy sedar body sy dah tak larat
utk menerima perubahan waktu tido. Paling seksa bila habis keje mlm nak masuk keje pagi. Susah sy nak
pejamkan mata, bila pagi masuk keje pagi mula la sy menguap2 seperti beruang. Dah mcm2 pil kesihatan sy telan tp keletihan sy tetap di tahap yg sama. Tp sy kagum pada pekerja2 wanita yg telah berumur 40thn keatas masih bertahan utk terus bekerja shift. kdg2 dgr mereka bercerita tak cukup tido sebab melayan kerenah anak & menjalankan tugas sebagai ibu & isteri, tetapi mereka masih boleh gagah melayan kerja mereka selama 12jam atau 8 jam. ada tu dah sarat mengandung tp masih larat utk buat keje sambil berdiri selama 12jam. sy yg masih bujang nie plk merungut2 sebab tak tahan keje shift.. eeeee, tak malu betul jijah nie,
Sampai bila sy akan bertahan keje shift nie?????? kita tunggu & lihat :)

Tuesday, February 15, 2011

FeNinG2 laaa....

adoiiiii, tolong2...
Knp sy asyik fening2 je nie????? rasa nak muntah pun ade.. adehhh..
Semenjak 2 hari lepas sy cuba minum air teh 1 product nie ( ala2 utk kuruskan bdn jgk )
Dari hari pertama sy minum, terus rasa otak berputar2 smpai la hari nie ( hari ke- 3 nie )
Adakah dlm body ku terlalu byk toksin atau body tak boleh terima air teh tu?????
Selain dari tu aku kene minum 3 liter air sehari.. uwweeekkkkkssss lg la bertambah kembang tekak sy.
Perut pun mcm dah boyot ngan air minum je nie... waaaaaaa....

Jalan2 mkn angin:::

Hai2 :)
Pada hujung Feb 2011 sy telah memulakan percutian sy yg pertama, sy ke CAMERON HIGHLAND!!!!!!!
Ini permintaan adik pmpuan sy yg nak sgt pergi bercuti ke situ. Percutian ini disertai 4org shj termasuk sy.
kesemuanya adalah pmpuan. Pertama kali sy drive ke cameron. Cuak jgk, mana tahu kot2 kereta sy tergostan :P
Kitaorg disana hanya 1 mlm shj. Cuaca pada ketika itu hujan sepanjang masa. WAH!!! terasa sejuk yg tersgt2, takut nak mandi sebab sejuk. Tp terjun kolam renang, boleh plk.. hehehe..
Sampai shj di cameron dlm kul 1ptg, kitaorg terus berjalan2 ke ladang teh. Selepas check in hotel, berjalan2 lg ke taman rama2, pusat cactus dan ke kedai mkn.
Pada waktu mlm, suhu bertambah2 sejuk. Nak kuar ke pekan tp mcm tak ada tempat nak dituju.. lepak je lah di bilik.
Besok pg, bersiap2 utk pulang. sebelum tu singgah di pasar Kea. Ada 1 kedai nie jual strawberi gemuk2, manis, cukup puas la sy mkn cuma menyesal tak beli byk2. lain kali dtg lg ke situ, sy nak borong2 strawberi dikedai tu. Dah sampai umah pun masih lg terasa manis strawberi nie. sedap2, nyum2..
selesai shoping, terus bergerak pulang.
Laluan sy utk ke Cameron pergi balik melalui Tapah. Sungguh berani mati sy lalu situ :)

Pic2 percutian akan disiarkan kemudian. Sy masih tak reti nak tampal2 pic kat blog nie.... eeeeee.. tensen2.

Monday, February 14, 2011

Ini Saya :)

Yuhuuuu.........Cak! :)
Nama sebenar saya AZIZAH BTE ARISFADILAH.
Nama panggilan, JIJAH, JIJOT, JOT..
Saya bekerja di kilang elektronik di Telok Panglima Garang, selangor.
Dah hampir2 11 thn la jgk keje situ.
Saya masih lagi belajar2 tentang blog nie. masih ada lg rasa malu nak bercerita2 di blog nie.
Blog saya nie bercerita tentang jalan2 cari mkn, gedik santai & perasaan :p
itu shj la sy nak bagitahu ( masih malu2 lg dong )

  ini la sy.. sy ngan baju bulan sy. sy tak pakai baju nie dari umah tau :)